Aguero rancang tinggalkan City untuk Independiente


Bintang Manchester City, Sergio Aguero, berkata dia akan meninggalkan gergasi Liga Perdana Inggeris itu pada 2020 untuk kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya, Independiente.

Pemain antarabangsa Argentina berkenaan memulakan kerjayanya bersama kelab di negara itu, Independiente, pada 1997 sebelum berpindah ke Atletico Madrid sembilan tahun kemudian.

Aguero, 29, yang berhijrah ke City dengan diikat kontrak sehingga 2020, telah membantu kelab itu meraih dua gelaran Liga Perdana sejak 2011 sementara mereka kini bersedia menuntut mahkota ketiga di bawah bimbingan Pep Guardiola musim ini.

Membincangkan masa depannya semasa rehat antarabangsa, Aguero -- diketepikan dengan kecederaan lutut -- mengulangi keinginannya untuk kembali ke Estadio Libertadores de America apabila kontraknya tamat nanti.

"Kontrak saya dengan Manchester City akan tamat pada 2020, maka saya akan kembali ke rumah saya di Independiente," kata Aguero kepada Fox Sports.

Aguero turut menikmati kempen produktif di Stadium Etihad apabila menjaringkan 21 gol untuk membantu City selesa berkelebihan 16 mata di puncak Liga Perdana.

Secara keseluruhan, Aguero telah menjaringkan 30 gol dalam semua pertandingan untuk City, yang sudah memenangi Piala EFL ketika mereka bersiap sedia bagi menghadapi Liverpool dalam suku akhir Liga Juara-Juara.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==