Gol istimewa buat Canizares


JERMAN 1 SEPANYOL 1

Rodrigo Moreno menujukan golnya ke atas Jerman terhadap Santiago Canizares bagi mengenangkan kematian anak bekas penjaga gawang Sepanyol itu.

Semalam, Canizares berkongsi berita sedih itu di media sosial apabila mendedahkan anaknya meninggal selepas menderita kanser.

Canizares, 48, mewakili Sepanyol di antara 1993 dan 2006, sehubungan itu Rodrigo memberi penghormatannya kepada ketika menjaringkan gol pembukaan untuk Sepanyol ketika seri 1-1 dengan Jerman di Dusseldorf.

"Saya mahu mendedikasikan jaringaN ini untuk Canizares, untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya," kata Rodrigo.

"Kami semua bersamanya pada masa ini."

Rodrigo menyempurnakan umpanan bijak Andres Iniesta yang membelah pertahanan selepas masuk menggantikan Diego Costa sebagai penyerang tunggal Sepanyol.

"Kami bermain hebat," kata penggempur Valencia itu. "Kami memiliki peluang lebih baik daripada mereka untuk memenangi permainan ini.

"Saya cuba melakukan yang terbaik untuk pasukan, ini adalah perlawanan yang baik bukan sahaja di peringkat individu, bahkan secara keseluruhannya.

Jerman mengimbangi kedudukan sebelum rehat menerusi rembatan deras Thomas Muller menewaskan David de Gea.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==