Ramos kejar pencapaian Casillas


Pertahanan Sepanyol, Sergio Ramos, menyasarkan untuk mengatasi pencapaian Iker Casillas selaku pemain paling banyak beraksi buat pasukan La Roja.

Ramos bakal meriah penampilan ke-150 bersama skuad kebangsaan apabila beraksi menentang Jerman pada awal pagi esok sekiranya dipilih oleh pengendali, Julen Lopetegui.

Casillas kini memegang rekod selepas beraksi sebanyak 167 kali buat Sepanyol, namun Ramos bertekad untuk menyaingi pencapaian bekas rakan sepasukannya itu.

"Sebenarnya, beraksi buat kali ke-150 buat negara semasa bertemu juara dunia adalah satu detik yang istimewa," kata Ramos.

"Tiada perkara yang lebih indah daripada mewakili pasukan kebangsaan. Selagi saya dapat mengekalkan semangat untuk menang, saya akan terus menyarung jersi Sepanyol apabila dipanggil.

"Saya mahu muncul selaku pemain paling banyak mewakili La Roja tetapi ia bukan sesuatu yang mudah."

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==