De Gea, Ter Stegen kritik bola Piala Dunia


David de Gea dan Marc-Andre ter Stegen mengkritik bola rasmi Piala Dunia sementara Pepe Reina menyeru agar ia diubah sebelum kejohanan itu bermula.

Bintang Argentina, Lionel Messi, sebelum ini merestui Adidas Telstar 18, yang diinspirasikan daripada bola yang digunakan dalam kejohanan 1970 di Mexico.

Tetapi, selepas Sepanyol dan Jerman seri 1-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Dusseldorf semalam, kedua-dua penjaga gol yang memulakan perlawanan itu mengkritik bola tersebut.

"Ia benar-benar pelik," kata penjaga gol Manchester United, De Gea, yang ditewaskan Thomas Muller menerusi rembatan dari jarak 25 meter. "Ia boleh dibuat dengan lebih baik."

Ter Stegen lebih kritikal terhadap bola itu, dengan memberitahu AS: "Bola itu sepatutnya lebih baik, ia banyak bergerak.

"Tetapi, saya fikir kami hanya perlu membiasakan diri dengannya -- dan cuba mendapatkan cengkaman secepat mungkin sebelum Piala Dunia bermula. Kami tidak mempunyai pilihan lain."

Namun, rakan sepasukan De Gea, Reina, berpendapat pihak pentadbir harus mempertimbangkan untuk menukar Telstar 18 kepada bola yang berbeza.

"Mereka perlu mengubahnya," kata Reina. "Masih ada masa."

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==