Jangan ke China, sertai Betis -- Setien


Quique Setien berkata bintang Barcelona, Andres Iniesta, perlu menyertai Real Betis berbanding meninggalkan LaLiga untuk beraksi dalam Liga Super China.

Iniesta dijangka berhijrah ke China pada penghujung musim ini selepas pemain berusia 33 tahun itu mengharungi karier yang penuh gemilang bersama Barcelona.

Perancang Sepanyol itu menjadi nadi kejayaan Barca mencipta kemenangan 5-0 ke atas Betis dan menewaskan Sevilla dalam aksi final Copa del Rey.

Pengurus Betis, Setien, yang kini bersama pasukan di tangga kelima LaLiga, merupakan antara individu yang memandang tinggi ke atas Iniesta.

"Iniesta, jangan pergi ke China, sertailah Betis!" kata Setien menerusi laman Twitter.

Kejayaan Barca menjulang Copa del Rey menyaksikan trofi yang ke-31 buat Iniesta di samping bakal menjulang kejuaraan LaLiga hujung minggu hadapan jika mereka menewaskan Deportivo La Coruna dan Atletico Madrid gagal meraih kemenangan ke atas Alaves.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==