Kogileswaran: Dollah bantu tingkat prestasi saya


Penyerang Pahang, R. Kogileswaran, merakamkan penghargaan kepada Dollah Salleh dalam membantu meningkatkan prestasinya musim ini.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu sekali lagi beraksi cemerlang ketika membantu Pahang menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 3-0 dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat lalu.

Meskipun tidak meraih gol, Kogileswaran melakukan hantran tepat buat Patrick Cruz meraih gol kedua Pahang.

"Jurulatih (Dollah) memang banyak memberikan semangat. Menyedari saya masih muda, dia tetap meletakkan kepercayaan kepada saya.

"Saya akan terus memberikan yang terbaik buat Pahang jika diturunkan beraksi," kata Kogileswaran.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang ini turut memuji kesungguhan rakan sepasukan lain berdepan JDT.

Bagi Kogileswaran, bukan mudah menewaskan JDT di Larkin dan ia tidak mungkin diraih tanpa kecekalan pemain.

"Ketika rehat separuh masa, Dollah memberikan kata-kata semangat kepada kami dan ia merupakan punca semangat Pahang meraih kemenangan," katanya.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==