Kes doping: Atlet angkat berat disahkan guna stanozolol


Pemangku Setiausaha Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Abu Hanapah Ismail, mengesahkan bahawa atlet negara yang meraih pingat Sukan Komanwel Gold Coast positif bahan terlarang jenis stanozolol dan sedang menunggu keputusan sampel B.

Dalam sidang media PABM dan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) di Bukit Jalil, hari ini, Abu Hanapah turut memberitahu atlet tersebut adalah daripada sukan angkat berat.

Stonozolol ialah ejen steroid dan banyak digunakan atlet angkat berat dan bina badan bagi membina otot.

Abu Hanapah bekata atlet itu diuji sebelum berlepas ke Gold Coast dan keputusan sampel A diperolehi pada 9 April lalu.

"Apabila kami menerima keputusan sampel B, pengumuman akan dilakukan siapa atlet itu tetapi pada peringkat ini, kami harus menjaga hak atlet tersebut.

"Ujian memang telah dilakukan, cuma keputusan lewat diterima," katanya.

Sementara itu, Pengarah ADAMAS, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, mengulas: "Kami tidak bersikap prejudis dalam isu atlet ini tetapi secara amnya, stonozolol bukan satu bahan yang lazimnya digunakan dalam merawat sakit belakang dan sebagainya."

Keputusan sampel B dijangka diperolehi dua minggu lagi dan jika didapati bersalah, atlet terbabit berdepan penggantungan maksimum empat tahun.

Seorang lagi atlet angkat berat negara, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad, pula yakin mampu bangkit daripada kecederaan lutut dan tiada masalah dalam melakukan persiapan untuk Sukan Asia kerana mungkin akan menjalani latihan pada minggu depan.

"Muhammad Aznil Bidin juga akan menyertai latihan bersama saya kerana dia sedang bercuti bersama keluarga.

"Jadi, tiada masalah untuk Sukan Asia sambil saya dan Aznil  menyasarkan untuk mengumpul mata bagi ke Sukan Olimpik Tokyo. Jadi, isu doping ini tidak memberi masalah.

"Saya mengharapkan angkat berat diletakkan dalam sukan penting oleh pihak atasan kerana ia mampu membantu atlet muda tetapi jika masih belum diterima, saya akan terus menunggu," kata Azroy yang juga pemenang pingat emas kategori 56kg Sukan Komanwel Gold Coast.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==