Klopp minta penyokong Liverpool hormati Roma


Jurgen Klopp menasihatkan penyokong Liverpool untuk menghormati Roma ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Anfield, awal pagi esok.

Polis Merseyside telah berikrar untuk menahan mana-mana pengganggu keamanan bagi mengelak insiden sebelum aksi suku akhir bertemu Manchester City berlaku.

Klopp tidak mahu Roma menerima sambutan yang sama dan menggesa penyokong untuk memberikan penghormatan kepada mereka.

"Di luar stadium, sila hormati Roma dan elak daripada insiden yang berlaku ketika menerima kunjungan City ke Anfield," kata Klopp.

"Mereka adalah sebuah pasukan yang menakjubkan dan dikenali di serata dunia. Melontarkan objek ke arah bas mereka adalah sesuatu yang tidak perlu untuk dilakukan.

"Jadi, saya meminta untuk memberikan penghormatan kepada mereka. Mereka hanya lawan di atas padang," katanya.

Kapten pasukan, Jordan Henderson, berharap penyokong The Reds mampu memberikan inspirasi kepada mereka dalam misi untuk ke final.

"Suasana di Anfield sentiasa mengagumkan, ia memberikan semangat kepada pasukan dan membantu kami untuk bermain dengan cemerlang," ujarnya.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==