ROMA 4 LIVERPOOL 2
(Liverpool mara ke final dengan agregat 7-6)
Liverpool menempah slot final untuk bertemu juara bertahan, Real Madrid, dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) di sebalik kekalahan 4-2 kepada Roma dalam separuh akhir kedua di Stadio Olimpico, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berkunjung ke Itali dengan kemenangan 5-2 dalam aksi di Anfield, menyaksikan lawan mereka meraih dua gol di tempat lawan.
Bagaimanapun, kesilapan di awal permainan -- kesilapan Radja Nainggolan ketika melakukan hantaran pada minit kesembilan -- dihukum Sadio Mane untuk membuka jaringan.
Jaringan sendiri James Milner, bagaimanapun, tidak menggugat permainan Liverpool selepas mereka kembali mengetuai permainan menerusi jaringan Georginio Wijnaldum pada minit ke-25.
Selepas perlawanan bersambung dalam babak kedua, Edin Dzeko hanya memerlukan tujuh minit untuk menyamakan kedudukan.
Dua gol daripada Nainggolan menyaksikan Roma mendahului permainan 4-2, bagaimanapun kebangkitan yang dilakukan oleh skuad Eusebio Di Francesco itu ketika berdepan Barcelona gagal diulangi bagi membawa mereka ke final.
Di sebalik kekalahan itu, kelebihan jaringan menerusi agregat (7-6) membawa Liverpool dalam cabaran untuk menjuarai UCL buat kali ketujuh dan Real Madrid dalam misi untuk melakar kejuaraan hatrik.
Sumber >> www.stadiumastro.com