Aksi PKNP penanda aras kebangkitan TRW


Ketua pasukan Kelantan, Nik Shahrul Azim Abdul Halim, menegaskan rajuk ketua jurulatih, Fajer Ibrahim, akan dibalas dengan prestasi lebih baik bermula dengan pertemuan menentang PKNP FC, malam esok.

Itu janji yang dilaungkan pemain Kelantan sebaik Fajer membuat pusingan 'U' tempoh hari.

Ugutan peletakan jawatan itu memberi tamparan buat pemain Kelantan untuk tidak terus merintih dengan pembaharuan yang cuba dibawa jurulatih kelahiran Syria berkenaan.

Tegas Nik Shahrul, sudah tiba masa untuk pemain Kelantan melawan kesukaran yang dialami kini demi kelangsungan The Red Warriors (TRW) di penghujung musim nanti.

Malah, bagi Nik Shahrul sendiri, pada awalnya dia berasa kekok dengan pembaharuan drastik menerusi penyingkiran beberapa pemain senior yang melanda Kelantan sejak kehadiran Fajer, namun semua itu tidak akan berubah sekiranya dia bersama rakan-rakan tidak cuba menguasai situasi semasa.

"Peringkat permulaan tu agak sukar tetapi selepas kami mengharungi beberapa perlawanan, mungkin kami semakin serasi.

"Rakan-rakan juga menunjukkan kualiti yang baik dan tanpa rasa gentar," kata pemain pertahanan itu.

Pembaharuan yang cuba dibawa Fajer dalam tiga aksi terdahulu, bakal diuji dengan aksi menentang PKNP yang bakal menjadi penanda aras kebangkitan bekas gergasi Pantai Timur itu.

Walaupun mereka hanya bergantung kepada seorang tenaga import, iaitu Casio De Jesus dari Brazil, semangat ingin bangkit perlu dibuktikan kepada Fajer.

"Mereka ada lima pemain import yang memainkan peranan utama.

"Jadi, kami perlu ambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==