Messi raih Kasut Emas Eropah buat kali kelima


Penyerang Barcelona, Lionel Messi, memenangi Kasut Emas Eropah buat kali kelima.

Pemain antarabangsa Argentina itu melakar kejayaan itu selepas menjaringkan 34 gol dalam LaLiga musim ini untuk membantu kelabnya memperoleh kejuaraan liga ke-25.

Messi, yang masuk dari bangku simpanan dalam kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam perlawanan terakhirnya di Camp Nou awal pagi tadi, juga memenangi anugerah itu pada tahun lalu, dan pada 2010, 2012 dan 2013.

Messi mendahului Mohamed Salah yang menjaringkan 32 gol dalam musim sulungnya untuk Liverpool manakala penyerang Tottenham, Harry Kane, menduduki tempat ketiga dengan menghimpun 30 gol untuk pasukannya.

Pemenang empat kali, Cristiano Ronaldo, menduduki tangga kesembilan dalam ranking selepas menjaringkan 26 gol untuk Real Madrid dalam LaLiga.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==