Ramos kecam tindakan Messi


Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, mengecam tindakan Lionel Messi yang memberikan pengadil perlawanan tekanan sewaktu pertemuan El Clasico, awal pagi tadi.

Madrid meninggalkan Camp Nou dengan keputusan seri 2-2 selepas skuad Los Blancos bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk menafikan kemenangan tuan rumah.

Luis Suarez memberikan pendahuluan buat Barca sebelum Cristiano Ronaldo – yang dikeluarkan ketika tamat babak pertama akibat kecederaan – menyamakan kedudukan tidak lama selepas jaringan penyerang Uruguay itu.

Walaupun Sergi Roberto dilayangkan kad merah sebelum aksi menuju rehat setelah menumbuk muka Marcelo, Barca kembali meraih pendahuluan menerusi Lionel Messi tetapi Gareth Bale memastikan Los Blancos pulang dengan satu mata.

Ramos menyifatkan Messi telah memberikan tekanan kepada pengadil perlawanan, Alejandro Hernandez ketika melalui terowong persalinan sewaktu tamat babak pertama.

“Messi memberikan sedikit tekanan ketika di terowong,” kata Ramos kepada Marca.

“Saya tidak pasti jika terdapat kamera dan tidak tahu jika dalam separuh masa kedua, dia telah melakukan perkara sebaliknya.

“Ini adalah bola sepak dan segalanya ditentukan di atas padang, selagi ia tidak mencederakan anda. Anda harus menunjukkan rasa hormat.”

Sumber>> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==