Didier Deschamps mengetepikan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Anthony Martial dan Alexandre Lacazette, termasuk Dimitri Payet, Adrien Rabiot dan Kingsley Coman dalam skuad Perancis ke Piala Dunia 2018.
Pemain sayap Bayern Munich, Coman, diletakkan dalam senarai simpanan di samping Rabiot, Martial dan Lacazette, begitupun Payet sudah pasti tercicir setelah kapten Marseille itu ditimpa kecederaan ketika menentang Atletico Madrid dalam final Liga Europa di Lyon, semalam.
Laurent Koscielny turut tersisih akibat kecederaan manakala Steven N'Zonzi, Benjamin Pavard dan Lucas Hernandez antara pilihan mengejut yang dibuat Deschamps.
Dengan memiliki ramai pilihan di bahagian serangan, Deschamps sebaliknya cenderung kepada bintang Ligue 1, Florian Thauvin dan Nabil Fekir, berbanding Martial dan Lacazette.
Setelah pulih daripada kecederaan untuk membantu Manchester City menjuarai EPL, usaha Benjamin Mendy sudah memadai untuk mendapatkan tempat walaupun rakan sepasukan di City, Aymeric Laporte, tidak tersenarai.
Pertahanan Barcelona, Lucas Digne berada di dalam skuad simpanan bersama-sama dengan Kurt Zouma, Mathieu Debuchy dan Mamadou Sakho.
Deschamps mempunyai ramai penyerang biarpun mengetepikan Lacazette dan Martial, dengan tonggak Chelsea, Olivier Giroud, perlu bersaing dengan Antoine Griezmann, Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele untuk aksi di Russia nanti.
Perancis akan membuka kempen Piala Dunia menentang Australia sebelum menghadapi Peru dan Denmark dalam aksi Kumpulan C.
Skuad Piala Dunia Perancis:
Alphonse Areola (PSG), Hugo Lloris (Tottenham), Steve Mandanda (Marseille); Lucas Hernandez (Atletico Madrid), Prediksi Kimpembe (PSG), Benjamin Mendy (Manchester City), Benjamin Pavard (Stuttgart), Adil Rami (Marseille), Djibril Sidibe (Monaco), Samuel Umtiti ; N'Golo Kante (Chelsea), Blaise Matuidi (Juventus), Steven N'Zonzi (Sevilla) Paul Pogba (Manchester United), Corentin Tolisso (Bayern Munich); Ousmane Dembele (Barcelona), Nabil Fekir (Lyon), Olivier Giroud (Chelsea), Antoine Griezmann (Atletico Madrid), Thomas Lemar (Monaco), Kylian Mbappe (PSG), Florian Thauvin (Marseille).
Senarai skuad simpanan: Wissam Ben Yedder (Sevilla), Kingsley Coman (Bayern Munich) Benoit Costil (Bordeaux), Mathieu Debuchy (Saint-Etienne), Lucas Digne (Barcelona), Alexandre Lacazette (Arsenal) Rabiot (PSG), Mamadou Sakho (Crystal Palace), Moussa Sissoko (Tottenham), Kurt Zouma (Stoke City -- dipinjamkan dari Chelsea).
Sumber >> www.stadiumastro.com