Pengadil Arab Saudi bertaraf FIFA digantung kerana rasuah


Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) meminta Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menggugurkan pengadil, Fahad Al Mirdasi, dalam Piala Dunia Russia setelah dia dikenakan larangan seumur hidup kerana menawarkan suapan untuk mempengaruhi keputusan perlawanan.

Pengadil yang di dalam senarai Piala Dunia, Al Mirdasi, 32 tahun, dijatuhi penggantungan seumur hidup oleh SAFF selepas mengaku  membuat tawaran bagi mempengaruhi perlawanan akhir Piala Raja Saudi di antara Al-Ittihad dan Al-Faisaly, Sabtu lalu.

Selepas dinafikan daripada menyertai sebarang kegiatan berkaitan bola sepak seumur hidup, SAFF turut menyeru FIFA agar menarik balik khidmat Al Mirdasi dalam Piala Dunia bulan depan sambil meluluskan larangan seumur hidup di peringkat antarabangsa.

"Berikutan pelantikan pengadil, Fahad Al Mirdasi, untuk mengurus perlawanan di antara Al-Ittihad dan Al-Faisaly dalam perlawanan akhir Piala Raja, Presiden kelab Al-Ittihad, Hamad Al-Saniaa, menegaskan bahawa dia mempunyai bukti yang mengaitkan Al Mirdasi menawarkan bantuan untuk mendapatkan wang.

"Selepas presiden kelab Ittihad itu menyatakan bukti kepada SAFF, badan induk itu lantas menghantar perbualan berkenaan kepada pengerusi Direktorat Sukan, yang kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai segala butirannya.

"Al Mirdasi kini berada di dalam tahanan sebelum diserahkan kepada bahagian siasatan. Selepas siasatan, SAFF menerima laporan daripada pihak berkuasa yang berjaya membuktikan pertuduhan terhadap pengadil itu berdasarkan pengakuan peribadinya kerana meminta rasuah."

Al Mirdasi merupakan antara pengadil yang bertugas dalam Piala Konfederasi di Russia tahun lalu. Dia sempat mengendalikan perlawanan penentuan tempat ketiga di antara Mexico dan Portugal selain terbabit dalam perlawanan Sukan Olimpik 2016.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==