BWF bakal ubah format kiraan mata


Badminton dunia perlu bersedia dengan perubahan serius, termasuk perubahan format kiraan mata yang bakal diputuskan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam mesyuarat agung tahunannya (AGM), Sabtu ini.

AGM badan badminton dunia itu, yang bakal diadakan sehari sebelum bermulanya Piala Thomas dan Uber, akan membincangkan beberapa usul.

Antaranya mengubah sistem 21 mata tiga set terbaik kepada 11 mata lima set terbaik yang sudah diuji dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Selain itu, BWF juga bakal memansuhkan interaksi di antara pemain dan jurulatih yang lazim dilakukan ketika pertengahan perlawanan.

Menurut BWF, perubahan itu bertujuan meningkatkan lagi intensiti permainan dan nilai pemasaran badminton kepada penaja.

"Saya fikir kami perlu bersedia dengan perkara itu yang mungkin lebih sukar.

"Mereka mungkin menukar sistem mata dan mengurangkan komunikasi di antara jurulatih dan pemain. Kita tidak tahu lagi apa peraturan yang mahu ditukark BWF.

"Bagi saya, ia bagus kepada pemain yang dianggap veteran seperti saya kerana permainan lebih pendek.

"Bukan senang untuk menentang pemain-pemain yang lebih muda," kata pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei.

Piala Thomas dan Uber akan berlangsung di Bangkok bermula Ahad hingga 27 Mei ini.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==