Salah beri komitmen penuh kepada Liverpool


Bintang Liverpool, Mohamed Salah, menegaskan persembahan yang dipamerkan oleh pasukannya merupakan satu permulaan yang baru.

Salah menempah nama di atas permulaan musim yang cemerlang bersama Liverpool -- pemain kebangsaan Mesir itu meledak 43 gol dalam semua kejohanan pada musim pertama di Anfield, membantu skuad kendalian Jurgen Klopp mara ke final Liga Juara-Juara (UCL).

Pemain berusia 25 tahun itu yang memiliki kontrak hingga 2022 berkata komitmennya kekal bersama Liverpool, walaupun terdapat laporan Real Madrid berminat mendapatkan khidmatnya.

"Saya sangat gembira di sini," katanya.

"Saya mempunyai cita-cita dan masa depan bersama Liverpool. Kami memiliki musim yang cemerlang, mara ke final UCL dan semua teruja menantikan perlawanan ini.

"Ini adalah permulaan yang cemerlang buat Liverpool.

Ketika mereka membuat persiapan menghadapi aksi final di Kiev pada 26 Mei, Liverpool akan menerima kunjungan Brighton and Hove Albion pada Ahad ini.

Salah menyatakan The Reds sudah menunjukkan bahawa mereka boleh bersaing dan menewasksan kelab-kelab terbaik Eropah.

"Kami sangat selesa kerana akan bermain dalam UCL musim depan.

"Dalam perjalanan ke final, kami menewaskan pasukan seperti Manchester City dan Roma.

"Kami mahu layak ke UCL musim depan dan memenangi aksi final ini. Kami akan mengatasi Real di final."

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==