Cristiano Ronaldo akan mengetuai juara Eropah, Portugal, dalam kempen Piala Dunia di Russia, namun tiada tempat untuk pemain tengah Barcelona, Andre Gomes, dalam skuad asuhan Fernando Santos itu.
Nama Ruben Neves turut tercicir di sebalik musim cemerlang diharungi bersama Wolves dalam kancah Liga Kejuaraan, namun Joao Mario tersenarai selepas kembali menyerlah sewaktu dipinjamkan kepada West Ham dari Inter.
Santos mengambil langkah dengan mengetapikan pemain sayap berpengalaman, Nani, namun seorang lagi tonggak berpengalaman, Ricardo Quaresma, terus mendapat kepercayaan untuk memberi pilihan kepada barisan serangan yang bakal ditunjangi Ronaldo, penyerang AC Milan, Andre Silva, dan pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva.
Kelincahan Rony Lopes sewaktu memperkuatkan AS Monaco pula dipandang sepi di samping wira Kejohanan Euro 2016, Eder, apabila perlu memberi laluan kepada Bernardo Silva.
Portugal akan memulakan kempen Kumpulan B berdepan Sepanyol sebelum menghadapi Maghribi dan Iran.
"Tidak mungkin untuk mengatakan bahawa skuad ini lebih ampuh berbandingan skuad Euro (2016)," kata Santos kepada pemberita.
"Saya mempunyai keyakinan mutlak terhadap skuad ini, seperti dalam kempen sebelum ini.
"Dalam tempoh seratus tahun, Portugal tidak pernah memenangi apa-apa. Dengan kualiti pemain ini, saya berani mengatakan bahawa saya mempunyai keyakinan yang sama terhadap kedua-dua kumpulan."
Mengenai keputusan mengetepikan Gomes, yang menempuhi tempoh sukar di Barcelona sejak berpindah ke Camp Nou dari Valencia selepas Euro 2016, tambah Santos: "Saya sangat menghormati Andre Gomes. Pemain-pemain ibarat anak-anak saya, tetapi saya tidak boleh memiliki anak dan anak tiri. "
Senarai skuad Portugal:
Anthony Lopes (Lyon), Beto (Goztepe), Rui PatrĂcio (Sporting CP); Bruno Alves (Rangers), Cedric Soares (Southampton), Jose Fonte (Dalian Yifang), Mario Rui (Napoli), Pepe (Besiktas), Raphael Guerreiro (Borussia Dortmund), Ricardo Pereira (Porto) Ruben Dias; Adrien Silva (Leicester City), Bruno Fernandes (Sporting CP), Joao Mario (Inter), Joao Moutinho (Monaco), Manuel Fernandes (Lokomotiv Moscow), William Carvalho (Sporting CP); Andre Silva (AC Milan), Bernardo Silva (Manchester City), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Gelson Martins (Sporting), Gonçalo Guedes (Valencia) dan Ricardo Quaresma (Besiktas)
Sumber >> www.stadiumastro.com