West Brom tersingkir daripada EPL


West Brom tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Southampton melakar kemenangan 1-0 ke atas Swansea City, awal pagi tadi.

The Baggies sudah dijangka tersingkir daripada EPL tetapi kebangkitan yang dipamerkan di bawah kendalian Darren Moore memberikan harapan mereka akan terselamat musim ini.

Moore diangkat sebagai Pengurus Terbaik EPL Bulan April hasil tiga kemenangan dan dua seri.

Tetapi usahanya musnah dan aksi seterusnya berdepan Crystal Palace sekadar pelengkap jadual sebelum menyertai Stoke City dalam Liga Kejuaraan.

Swansea dilihat bakal menyertai Stoke dan West Brom dengan kekalahan terbaru ini, yang menyaksikan mereka ketinggalan tiga mata kepada The Saints dan Huddersfield Town.

Skuad kendalian Carlos Carvalhal itu akan berkunjung ke Stoke pada hari terakhir manakala Southampton akan menerima kunjungan Manchester City.

Huddersfield memiliki kelebihan satu perlawanan tetapi bertemu Chelsea dan Arsenal.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==