Piala Suzuki AFF: Malaysia 'underdog' di sebalik undian selesa


Skuad negara mampu menghela nafas lega dalam misi mengintai peringkat kalah mati Piala Suzuki AFF dari 9 November hingga 15 Disember depan.

Undian di Jakarta, Indonesia, hari ini menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe itu ditempatkan dalam Kumpulan A di samping Myanmar, Laos, Kemboja dan Vietnam.

Sementara itu, juara bertahan, Thailand, berdepan tugas perit dalam Kumpulan B yang turut dihuni juara empat kali, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Satu lagi slot bakal diisi sama ada Timor Leste atau Brunei Darussalam yang akan mengharungi aksi kelayakan play-off.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Cheng Hoe mengulas mengenai undian itu: "Sebagai jurulatih, pasukan kita boleh dianggap sebagai 'underdog' kerana mengetengahkan ramai pemain muda.

"Kami akan menghadapi satu persatu perlawanan dalam satu-satu masa dengan harapan kami mampu beraksi baik dalam setiap perlawanan kali ini."

Piala Suzuki AFF 2018 bakal memperkenalkan format baru dengan penglibatan 10 pasukan berbanding lapan sebelum ini.

Setiap kumpulan menempatkan lima pasukan yang akan beraksi secara timbal balik, dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==