Messi: Neymar ke Real Madrid adalah perpindahan yang dahsyat


Lionel Messi percaya ia akan menjadi tamparan hebat kepada Barcelona sekiranya Neymar berpindah ke Real Madrid.

Bintang Brazil itu meninggalkan Barca pada Ogos lalu untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan rekod dunia €222 juta kerana dikatakan mahu melarikan diri daripada bayangan Messi dan mengukuhkan peluangnya memburu Anugerah Ballon d'Or.

Walaupun menjaringkan 28 gol dalam 30 penampilan pada musim sulungnya di ibu kota Perancis itu, desas-desus bahawa Madrid ingin menjadikan Neymar sebagai bintang era baru di Santiago Bernabeu semakin bertiup kencang.

Messi, yang sekali lagi menjadi ilham kepada Barca untuk menjuarai LaLiga musim ini, mencetuskan perasaan serba salah terhadap bekas rakan sepasukannya itu apabila mengakui sukar untuk melihat Neymar menyarung seragam putih yang terkenal sebagai pesaing utama Blaugrana.

"Amat mengerikan jika Neymar ke Madrid atas penglibatannya dengan Barcelona," katanya kepada TyC Sports.

"Dia tahu apa yang saya fikirkan.

"Selain itu, dia juga akan menjadikan Madrid lebih kuat."

Messi turut menepis spekulasi mengaitkan masa depannya sendiri dengan menandatangani kontrak lumayan di Nou Camp sehingga 2021, November lalu.

Messi sempat dikaitkan akan bergabung semula dengan mentor lamanya, Pep Guardiola, dan prospek bergandingan dengan rakan lamanya, Sergio Aguero.

Ditanya sama ada dia akan mempertimbangkan untuk berpindah ke Manchester untuk menyertai Aguero, jawab Messi: "Tidak, dialah yang harus datang ke Barcelona."

Aguero merupakan penjaring terbanyak The Citizens dan terikat kontrak dengan kelab itu sehingga 2020. Pemain berusia 29 tahun itu sering menyatakan hasrat untuk kembali di kelab asalnya, Independiente, di Argentina.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==